Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 25 Jun 2015

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Mudah & Sedap


Assalamualaikum,

Rasanya hari ini adalah hari untuk berkongsi resepi. Seperti yang aku katakan di entri sebelum ini, ini lah dunia aku sebagai seorang surirumah. Memasak dapat membahagiakan aku dan lagi bahagia apabila anak-anak dan suami makan masakan kita dengan selera. Ada orang cakap usah dikongsi lauk juadah berbuka kita kerana bimbangkan takut ada yang terliur tapi rasanya bagi aku semua itu datang dari diri sendiri. Kalau tak tengok di facebook, pasti ternampak di blog, iklan TV, bazar juadah, kedai, iklan tepi jalan dan macam-macam lagi. Jadi mari kita berfikiran positif, aku suka juga apabila kawan-kawan kongsikan resepi sebab nanti boleh lah aku cuba buat. Pernah sekali teringin nak makan kuih orang India panggil Vadei dan tak lama lepas tu ada kawan kongsi resepi di facebook. Alhamdulillah, kadang-kadang baru sahaja terdetik tapi dah dapat. Semalam aku cuba resepi tu tapi tak menjadi. Nanti lah cerita entri lain ya :)

Semalam berbuka dengan nasi ayam hainan. Menu yang paling mudah tapi sedap. Aku ni semua sedap kan? Tapi percayalah Husna cakap "Mama ni masak selalu sedap-sedap" Haaa terima kasih anak, kamulah pemberi semangat mama untuk terus memasak :) Resepi ini aku ambil dari group Whats App Noxxa. Best tau sebab hari-hari ada aje resepi baru dan sudah tentulah kita yang baca pon teruja sama nak cuba. Sudahlah mudah, isy isy isy *terpaksa promote Noja

Bahan-bahan :

Untuk bahan rebusan ayam

- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam tapi aku tak bubuh, aku gantikan sup bunjut
- garam

Kalau ikut resepi asal kena rendam seekor ayam yang telah dibersihkan ke dalam ais dan kemudian rebus (air paras-paras ayam) tapi aku buat cara aku tak rendam pun ais dan ayam siap-siap potong, kaki dan sayap nanti biarkan dalam kuah manakala isi-isi lain akan diperap). Masukkan semua bahan dan gunakan Noxxa HP selama 10 minit untuk lembutkan isi ayam. Kalau rebus biasa kena tunggu lebih kurang 20 minit.

Untuk bahan perapan ayam

- 3 sudu sos tiram
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu kicap manis

Gaulkan ayam yang telah dikeluarkan dari kuah tersebut dan boleh goreng. Gunakan api perlahan kerana takut ayam hangit memandangkan ada sos tiram & kicap, tak perlu lama sebab ayam kan dah masak tadi. Kalau tak nak goreng, tak perlu perap.

Untuk bahan sos merah (kuah cili)

- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 sudu garam
- 2 sudu gula (kalau nak manis lagi lebihkan)
- sos Thai tapi aku guna sos pencicah (separuh botol juga)

Tumbuk semua bahan dan campurkan di dalam mangkuk. Kalau nak amsak di atas api pun boleh juga, tak masak pun boleh.

Untuk kuah kicap

- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos tomato (aku tak masukkan sebab tak ada) tapi aku gantikan dengan lebihan bahan perapan ayam tadi
- 3 sudu kicap manis
- 5 sudu air rebusan ayam (tapi aku lebihkan)

Masak di atas api sehingga kuah pekat.

Untuk nasi

- beras basmathi / beras biasa pun boleh
- daun pandan
- halia yang diketuk
- sedikit marjerin
- kulit kayu manis
- air rebusan ayam

Kalau nak tumis dulu boleh tapi aku tak tumis dah, masukkan aje dalam Noxxa dan buat mod tekanan tinggi selama 8 minit (nak guna mod steam pun boleh). Siap dan panjang-panjang aje berasnya. Puas hati lah masak!

Boleh dihidangkan bersama dengan timun, salad dan tomato. Nak tambah bawang goreng pun boleh juga. Memang gerenti bertambah-tambahlah makannya.

Selamat mencuba ya :)


sumber : perkongsian di facebook

Sehingga bertemu lagi dan buat surirumah jom memasak!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^